Pages

Friday, April 18, 2014

Pokok garuda

Pokok garuda
Daun pokok garuda yang baru dipetik dan bahan-bahan yang
 dicampurkan ke dalam minyak kelapa hijau


      Pokok garuda memang berbau busuk...walaupun berdaun kecil2x, tidak setanding namanya"garuda".Di awalnya, dalam imagine saya mesti ia bercirikan saiz besar mcm pokok balak hehehe... Bila di tunjukkan kepada saya tersentap jugak..tidak segah namanya..namun kebolehannya dalam perubatan mmg tidak tersangkal lagi...En.Suami campurkan dalam minyak kelapa hijau untuk ubat dicampur dengan bawang putih dan lada hitam. Kalau baby yang baru lahir tu sangat mujarab untuk meluruhkan tali pusat, 7 hari confirm dah tanggal..dah dipraktikkan banyak kali pada anak2 saya sangat berkesan..Lepas mandikan baby waktu petang disapu pada cuping telinga, siku dan bahagian sendi2..Lebih2 lagi kalau dalam rumah ada yang balik lewat malam dan yang menangis tengah malam bertujuan mengelakkan gangguan halus.Difahamkan En.Suami, ia bertujuan megelakkan gangguan mahkluk halus.Alhamdullillah ia satu cara alternatif untuk baby yang xpandai nk cakap kenapa dia menangis..
      Pernah sekali anak sulung ketika itu berusia 3 tahun, menangis sambil memeluk saya, katanya ada momok hitam kt atas pintu.hehehe....serem bulu roma dibuatnya. Saya sapukan di cuping telinga,.siku dan semua bahagian sendinya..alhamdullillah...dah berani lalu ikut pintu tu...
      Banyak jugak info kalau kita google2x..antara info yg saya dapat saya copy & pastekan kt sini..
Nama Tempatan:Garuda
Nama Saintifik:Ruta Angustifolia
Nama Lain:Aruda, inggu, Rue,Ruta,Herb of grace, common rue,garden rue, herby grass
 Famili:Rutaceae
Info:
Dalam perubatan tradisional pokok garuda digunakan terutamanya untuk mengubat penyakit seperti epilepsi(gilababi),hernia, histeria, flebis(radang pembuluh darah) dan athritis.Ia juga digunakan untuk merawat penyakit lain seperti untuk menurunkan kepanasan badan bagi yang mengalami demam tinggi. Penggunaa dengan dos yang terkawal boleh merangsangkan otot uterus dan menggalakkan pengeluaran haid dan boleh digunakan sebagai penjarak kehamilan. Tetapi awas kerana ia juga boleh menyebabkan keguguran bagi wanita hamil.Penggunaan secara terus seperti memakan terus pokok ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman. Penggunaan yang terlalu kerap dan dengan dos yang berlebihan boleh mengundang maut. Sungguhpun begitu pokok ini amat popular dikalangan pengamal perubatan herba.Oleh kerana tumbuhan ini mengandungi kandungan toksin yang tinggi, ia amat berpotensi untuk dikormersialkan sebagai racun serangga organik.